LENCANA SEKOLAH


Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Peramu Jaya ini telah diilhamkan oleh Tn. Hj. Ahmad Bin Awang Ali (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) selaku “care taker” di awal penubuhannya. Tn. Hj. Ahmad Bin Awang Ali juga merupakan antara barisan guru terawal yang menjadi perintis permulaan sekolah tercinta ini.
            Lencana yang juga menjadi lambang utama sekolah ini sememangnya amat sinonim dengan suasana dan persekitaran sekolah. Makna dan maksud tersirat bagi semua elemen yang terkandung di dalamnya diterjemahkan agar menjadi suatu pengertian yang amat bermakna kepada semua warga SMK Peramu Jaya.

Foto guru-guru