SEJARAH SEKOLAH

     SMK Peramu Jaya adalah sebuah sekolah menengah harian jenis bantuan Sekolah Kerajaan yang memulakan operasi tanggal 13 Januari 2005. Terletak di tangah-tengah kawasan perumahan dan penempatan penduduk sekitar Taman Rendang, Taman Seri Maulana, Kampung Pulau Jawa, Perumahan Peramu Jaya 01, Taman LKNP dan Kampung Peramu, maka ia sering menjadi tumpuan dan perhatian penduduk setempat.
     Pada tahun pertama penubuhannya iaitu pada tahun 2005, seramai 406 orang pelajar telah didaftarkan dengan bilangan kelas 12 buah manakala tenaga pengajarnya adalah seramai 24 orang. Tahun kedua iaitu pada tahun 2006 memperlihatkan peningkatan bilangan pelajar iaitu kepada 553 orang dengan bilangan kelas sebanyak 17  buah manakala tenaga pengajar seramai 33 orang guru.
     Bagi tahun 2007, bilangan guru juga telah bertambah kepada 411 orang dan bilangan pelajar meningkat kepada 604 orang. Peningkatan jumlah pelajar dan guru berterusan untuk tahun 2008 dan tahun 2009. Seiring dengan itu juga semakin banyak kejayaan yang telah dilakar oleh warganya. Meskipun usianya baru setahun jagung, pencapaian yang telah dicapai oleh pelajar sekolah ini juga tidak menghampakan baik dari segi akademik mahupun kokurikulum bagi peringkat Daerah, Negeri mahupun Kebangsaan.
     Pencapaian sebegini tidak akan dicapai tanpa kerjasama yang erat antara pelajar, guru, pihak pentadbir mahupun staf sokongan. Semoga Sekolah Menengah Kebangsaan Peramu Jaya ini akan semakin bersinar bak Mutiara buat selamanya.


Foto guru-guru